6 Januari 2009

KETUANAN MELAYU : ANTARA REALITI DAN SEMASA SIRI 3 (TERAKHIR)


  • Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan 'ketuanan' mereka masing-masing sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukanlah orang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.

  • Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya, dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dilahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.

PENUTUP

  • Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar Ketuanan Melayu. Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah KETUANAN MELAYU.

KETUANAN MELAYU : ANTARA REALITI DAN SEMASA SIRI 2







  • Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-Raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berpelembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultran dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.



  • Kita sendiri tidak tahun mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dahulu bernama Tanah Melayu.

  • Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekalipun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.

BERSAMBUNG DI SIRI 3. NANTIKAN.......






5 Januari 2009

KETUANAN MELAYU : ANTARA REALITI DAN SEMASA

SIRI 1

ABSTRAK



Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang Di-Pertuan Agong menjaga hak keistemewaan orang melayu dan penduduk asal Malaysia, secara keseluruhan dirujuk Bumiputera.

Artikel spesifik bagaimana Kerajaan Pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosoial dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.



PENGENALAN



Kamus Dewan mentakrifkan istilah "ketuanan" sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.

istilah "ketuanan" juga dirujuk sebagai kedaulatan. "Ketuanan" berbeza dengan perkataan "tuan" yang membawa maksud orang temapat menghambakan diri. Contohnya, "dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa "Negro".

TIADA PERHAMBAAN DALAM KONSEP KETUANAN MELAYU

  • Apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan.

  • Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat sengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi "hamba" kepada siapa

  • Hakikatnya kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata.

  • Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.

bersambung ke Siri 2. Nantikan.....

Wan Farid serah surat letak jawatan




DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE.


KUALA TERENGGANU 4 Jan. - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (gambar) sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan Senator tiga hari lalu.


Wan Ahmad Farid berkata, surat berkenaan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh melalui Setiausaha Sulit Kerjanya, Zulkifli Abidin.


''Surat peletakan jawatan saya sebagai Senator dan Timbalan Menteri telah diserahkan dan ia berkuatkuasa esok," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Wan Ahmad Farid meletakkan dua jawatan itu bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan yang ditetapkan pada 17 Januari.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.


Wan Ahmad Farid sebelum ini menyatakan beliau tidak akan menyesal melepaskan jawatan tersebut kerana melakukannya demi kepentingan parti.


"Sebagai pemimpin parti politik kita perlu meletakkan kepentingan parti berbanding peribadi.
"Apabila parti meminta kita menawarkan diri, kita perlu bersedia mengikut arahan parti," katanya

KEMENANGAN YANG DINANTI






Umum mengetahui bahawa kemenangan BN pada pilihanraya kecil P. 036 Parlimen Kuala Terengganu adalah kemenangan moral yang perlu dipulihkan setelah BN kalah di Permatang Pauh. Walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh, tetapi ia belum cukup untuk DSAI menubuhkan kerajaan. Hakikatnya...walaupun terpaksa menipu rakyat dengan mengatakan 16 September adalah tarikh keramat, namun ianya tidak jua berlaku.


Agaknya DSAI nak tubukan kerajaan bawah pokok seperti yang berlaku di dalam filem Laksamana DO RE MI. Dalam filem tersebut, walaupun kerajaan Pasir Dua Butir telah musnah di"kerjakan" oleh Laksamana FASOLA, namun "kerajaan bawah pokok" masih ada. Ini dapat digambarkan dengan sekumpulan pemerintah yang duduk di bawah sebatang pokok, dengan para memanda menteri memakai topi ahli bomba.


Itulah agaknya yang difikirkan oleh DSAI. Kerajaan "bawah pokok". Agaknya beliau masih bermimpi bahawa hanya cukup dengan ahli parlimen melompat ke parti Pakatan Rakyat. Beliau sudah boleh menubuhkan kerajaan.


Nampak sungguh cetek dan dangkal pemikiran ahli parlimen pembangkang. Mahukan kemenangan mudah walhal rakyat sudah berikan mandat kepada BN untuk memerintah.


Kepada BN, teruskan usaha dalam membela rakyat. Selama 50 tahun kita merdeka, segalanya telah kita kecapai...cuma pertahankan dan teruskan tradisi dalam membela rakyat. Hentikan segala omong-omong kosong pembangkang.


Fadzma : Mungkin Pak Lah boleh sediakan sebatang pokok buat DSAI duduk dibawah berangan-angan jadi PM.

KEMAS VS Kerajaan Perak

" Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan terus mempertahankan premis Tadika daripada tindakan kerajaan negeri Perak yang cuba merampas bangunan yang dibina oleh kerajaan pusat. "

Itulah berita yang mengisi ruangan di dada akhbar Utusan Malaysia hari ini. Nampaknya episod merampas tanah dan bangunan kembali berulang. Dulu ketika PAS mula menguasai Terengganu, habis semua bangunan dirampas walhal PAS perlu sedar bangunan tersebut dibina oleh kerajaan pusat yang memerintah iaitu BN.

Hurm...Seperti kaduk naik junjung..itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada Menteri Besar Perak yang juga orang PAS....YB Nizar kena sedarla...bangunan yang dirampas itu menempatkan anak bangsa YB sendiri...

Dek ketaksuban dan memerintah ikut kepala sendiri, tanpa memikirkan nasib bangsa sendiri terus sahaja "menghalalkan cara"..agaknya inilah perangai hodoh orang PAS yang lebih suka merampas tanah dan bangunan tanpa memikirkan cara untuk memberi kesenangan kepada rakyat serta membangunkan infrastruktur kepada rakyat.

Fadzma : Berharap agar rakyat di Kuala Terengganu tidak memberi undi kepada PAS. Kesian anak bangsa di Perak yang nafikan hak oleh Menteri Besar Perak yang juga orang PAS.

PILIHANRAYA P.036 KUALA TERENGGANU

Nampaknya sekarang musim pilihanraya telah kembali. Pilihanraya ini diadakan setelah penyandang kerusi ini iaitu Dato' Razali Ismail telah kembali ke rahmatullah.

Yang pergi tetap pergi, yang ada perlu teruskan segala yang dirancang...begitulah hukum hidup ini. Justeru, bila kembalinya musim pilihanray, pelbagai isu dan cerita menarik yang boleh dikupas untuk tontotan kita bersama.

Sedia maklum, BN akan terus mempertahankan kerusi ini serta jika menang mampu meneruskan kesinambungan pembangunan yang ada...cuma PAS. Entahlah...bila berbicara soal PAS ini, seakan tidak mampu menyembunyikan keluh kesah yang mana parti ini cuma semakin dianak tirikan oleh "sahabat dan taulan" yang berada di sekeliling.

Lihat sahaja apa yang diperkatakan oleh PAS tidak mampu didengari oleh "sahabatnya". Contohnya di Pulau Pinang, isu tarian jalanan yang "diharamkan" oleh PAS "dihalalkan" oleh sekutunya...nampaknya PAS bukan sahaja bertapak di Pulau Pinang sebagai parti yang "dipulaukan" bahkan tidak diambil peduli langsung.

Mungkin ini adalah lumrah PAS. Orang tak hargai tak mengapa...asalkan jawatan, pangkat dan kedudukan sentiasa dalam tangan.

Jadi kepada orang di Kuala Terengganu, renungkanlah...

TAHUN 2009

Assalamualaikum...

Nampaknya tahun 2008 telah meninggalkan kita dengan satu kepuasan, pengharapan dan semangat baru untuk kita terus melaksanakan segala azam dan perancangan pada tahun 2009..

Semoga kita akan terus sukses pada tahun 2009....

Sekian,