5 Januari 2009

KEMAS VS Kerajaan Perak

" Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan terus mempertahankan premis Tadika daripada tindakan kerajaan negeri Perak yang cuba merampas bangunan yang dibina oleh kerajaan pusat. "

Itulah berita yang mengisi ruangan di dada akhbar Utusan Malaysia hari ini. Nampaknya episod merampas tanah dan bangunan kembali berulang. Dulu ketika PAS mula menguasai Terengganu, habis semua bangunan dirampas walhal PAS perlu sedar bangunan tersebut dibina oleh kerajaan pusat yang memerintah iaitu BN.

Hurm...Seperti kaduk naik junjung..itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada Menteri Besar Perak yang juga orang PAS....YB Nizar kena sedarla...bangunan yang dirampas itu menempatkan anak bangsa YB sendiri...

Dek ketaksuban dan memerintah ikut kepala sendiri, tanpa memikirkan nasib bangsa sendiri terus sahaja "menghalalkan cara"..agaknya inilah perangai hodoh orang PAS yang lebih suka merampas tanah dan bangunan tanpa memikirkan cara untuk memberi kesenangan kepada rakyat serta membangunkan infrastruktur kepada rakyat.

Fadzma : Berharap agar rakyat di Kuala Terengganu tidak memberi undi kepada PAS. Kesian anak bangsa di Perak yang nafikan hak oleh Menteri Besar Perak yang juga orang PAS.

1 ulasan:

  1. Betoi yob...temanpun oghang perak! Sedih beno teman lihat negeri teman di pimpin oghang Melayu tetapi boneka DAP!!! Sanggup gadaikan hak bangsa demi kuasa dan ketaatannya kepada DAP yang terang-terang memerangi hudud dan hukum Islam. Ape nak kadi ogang Melayu yang berpartikan PAS ni............bila dah tergadai semuanya termasuk seluar dalamnya nanti, baru lah nak sedo..........tapi dah terlambat yob..........Kepada orang lain yang bergelar Melayu..........sedo la........kalau ade oghang Melayu yang seperti Menteri Beso Teman oghang Perok ni.......jangan bagi undi langsung. Pilihlah mereka yang tegas, berani, dan sanggup berjuang demi Melayu dan perpaudan kaum di negara ini.....

    BalasPadam