5 Januari 2009

PILIHANRAYA P.036 KUALA TERENGGANU

Nampaknya sekarang musim pilihanraya telah kembali. Pilihanraya ini diadakan setelah penyandang kerusi ini iaitu Dato' Razali Ismail telah kembali ke rahmatullah.

Yang pergi tetap pergi, yang ada perlu teruskan segala yang dirancang...begitulah hukum hidup ini. Justeru, bila kembalinya musim pilihanray, pelbagai isu dan cerita menarik yang boleh dikupas untuk tontotan kita bersama.

Sedia maklum, BN akan terus mempertahankan kerusi ini serta jika menang mampu meneruskan kesinambungan pembangunan yang ada...cuma PAS. Entahlah...bila berbicara soal PAS ini, seakan tidak mampu menyembunyikan keluh kesah yang mana parti ini cuma semakin dianak tirikan oleh "sahabat dan taulan" yang berada di sekeliling.

Lihat sahaja apa yang diperkatakan oleh PAS tidak mampu didengari oleh "sahabatnya". Contohnya di Pulau Pinang, isu tarian jalanan yang "diharamkan" oleh PAS "dihalalkan" oleh sekutunya...nampaknya PAS bukan sahaja bertapak di Pulau Pinang sebagai parti yang "dipulaukan" bahkan tidak diambil peduli langsung.

Mungkin ini adalah lumrah PAS. Orang tak hargai tak mengapa...asalkan jawatan, pangkat dan kedudukan sentiasa dalam tangan.

Jadi kepada orang di Kuala Terengganu, renungkanlah...

2 ulasan:

  1. Apapun.....boleh improvekan laman saudara..........

    BalasPadam
  2. Keputusan di Kuala terengganu adalah petanda untuk semua pemimpin politik BN supaya banyakkan bermuhasabah diri dan jangan hanya 'mengkambing hitamkan' pihak lain terutama agensi-agensi kerajaan yang banyak berjasa sebelum ini.........

    BalasPadam